Lima buah rumah dan sebuah sekolah di Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Zainal Yusof berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian yang berlaku 5.30 petang itu.
"Semua rumah terlibat terlibat mengalami kerosakan atap akibat diterbangkan angin kencang," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara pula mengalami kerosakan pada sebahagian bumbung bangunan utama, stor dan perpustakaan.
Menurutnya agensi dan jabatan kerajaan yang berkenaan kini berada di kawasan yang terlibat bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.
- Bernama
