Paling Popular
Terkini

GLOBAL l Pertemuan Donald Trump Jr dengan wanita yang dia diberitahu adalah seorang peguam kerajaan Russia yang ada maklumat mengenai calon Demokrat Hillary Clinton, yang boleh membantu kempen presiden ayahnya, boleh membawa kepada penyiasatan sama ada dia melanggar undang-undang pilihan raya AS, kata para pakar.

Trump Jr bertemu dengan wanita itu, peguam Natalia Veselnitskaya, pada 9 Jun 2016, selepas pertukaran emel dengan seorang perantara.

Emel itu, yang ditweet oleh Trump Jr semalam, boleh menjadi bahan untuk peguam khusus Robert Mueller menyiasat terhadap kemungkinan wujud pakatan kempen antara Trump dan Russia semasa pilihan raya presiden 2016.

Dalam salah satu emel yang bertarikh 3 Jun 2016, Trump Jr menulis: "If it's what you say I love it.". Dia menyiarkan tweet itu selepas New York Times berkata ia merancang untuk menulis tentang kandungannya dan mendapatkan komennya.

Trump Jr berkata dalam tweetnya bahawa tiada apa-apa hasil daripada pertemuan tersebut. Sebelum itu, Veselnitskaya memberitahu NBC News awal semalam bahawa dia tiada kaitan dengan kerajaan Russia dan tidak memberikan sebarang maklumat.

"Secara retrospektif, saya mungkin akan melakukannya sedikit berbeza," kata Trump Jr dalam satu wawancara di Fox News. "Bagi saya, ini adalah penyelidikan pembangkang."

Pakatan itu sendiri bukan merupakan jenayah di bawah kanun jenayah Amerika Syarikat, jadi para pendakwa akan melihat sama ada perbuatan Trump Jr telah melanggar undang-undang tertentu, kata para pakar perundangan.

Moscow menafikan campurtangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat, dan Presiden Donald Trump mengatakan tiada pakatan kempennya dengan Russia.

Alan Futerfas, peguam Trump Jr, tidak menjawab permintaan untuk komen. Jurucakap Mueller juga enggan mengulas. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS