Paling Popular
Terkini

GLOBAL l Suasana lega dan tenang yang dinikmati Donald Trump selepas baru pulang dari lawatan ke luar negara dan bersiap sedia untuk lawatan seterusnya, tidak bertahan lama apabila Rumah Putih digegarkan oleh kontroversi baru mengenai hubungan antara kempen presiden dan Russia.

Bagi Trump, yang sepanjang tahun dilanda krisis yang dibuat sendiri, sasaran kontroversi baru itu ialah anak sulungnya, Donald Trump Jr, yang bertemu dengan seorang peguam Russia tahun lalu menyebabkan timbul tuduhan bahawa anak lelaki presiden itu menyebarkan maklumat negatif tentang calon Demokrat Hillary Clinton.

Bagi kumpulan penasihat luar Trump dan bekas pegawai kempennya, pertemuan Donald Jr dengan peguam itu atas harapan untuk mendapat akses kepada maklumat negatif terhadap Clinton, dilihat sebagai bermasalah, yang memperlihatkan naifnya pengalaman politik anak presiden AS itu, tetapi tidak menyalahi undang-undang.

Di Rumah Putih, ia satu lagi masalah politik tetapi berhati-hati mengenai signifikannya terhadap penyiasatan yang lebih luas berhubung dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya AS dan sama ada terdapat pakatannya dengan kempen Trump.

Selepas pemecatan pengarah FBI, James Comey dan pelantikan pendakwa khas, para pegawai Rumah Putih tidak menunjukkan tanda-tanda panik dan menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk memajukan agenda presiden.

Insiden baru itu meletus ketika Trump dilihat berada dalam keadaan tenang. Lawatannya ke Warsaw dan Hamburg minggu lepas berjalan lancar, walaupun pengkritik menuduh dia tidak begitu tegas dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pada hari Rabu, dia akan bertolak ke Paris untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan mengambil bahagian dalam sambutan Bastille Day .

Trump sendiri digambarkan oleh Rumah Putih sebagai kecewa dengan satu lagi gangguan itu yang melibatkan siasatan dakwaan campurtangan Russia.

"Dia tahu bahawa dia tidak berbuat apa-apa pun dan dia benar-benar mahu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang baik yang sedang berlaku dan perkara-perkara yang dia dipilih untuk melakukannya, dan dia tidak suka bila ada perkara yang mengganggunya," kata seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Presiden dilihat bertahan, dan tidak menggunakan Twitter untuk melancarkan serangan terhadap pengkritiknya, tetapi mengeluarkan kenyataan ringkas memuji "seorang yang berkualiti tinggi" yang menunjukkan "ketelusan" dengan menyiarkan emel dengan peguam berkenaan pada hari Selasa.

Ada di kalangan bekas penasihat kempen yang merasai bahawa Donald Trump Jr telah memperlihatkan kenaifan politiknya dengan bersetuju mengadakan pertemuan itu. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS