Keluarga mohon tangguh pelaksanaan hukuman
Diterbitkan: Jul 12, 2017 12:14 PM | Dikemas kini: Jul 12, 2017 12:15 PM
Anggota keluarga S Prabagaran, yang dijadual dihukum gantung Jumaat ini di Singapura kerana kesalahan mengedar dadah, telah memfailkan permohonan untuk penangguhan hukuman di Mahkamah Rayuan republik itu.
Permohonan itu difailkan oleh firma Tetuan Peter Low & Choo LLC dan dijadualkan didengar pada jam 2.30 petang, esok.
Permohonan penangguhan itu difailkan sementara menunggu keputusan rayuan oleh ibu Prabagaran, Eswary Sengatasamy di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk memaksa kerajaan Malaysia membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang juga adalah peguam keluarga Prabagaran, kini berada di Singapura untuk membantu keluarga itu.

