mk-logo
Berita
DAP tak tolak kemungkinan pemilihan baru jika 'dipaksa'

Dua pemimpin kanan DAP tidak menolak kemungkinan pemilihan semula diadakan jika ia "dipaksa berbuat demikian" oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib pengerusi kebangsaan DAP, Teresa Kok, dalam menggambarkan kedudukan yang tidak menentu itu, berkata: "Kami tidak mengatakan bahawa kami tidak akan mengadakan pemilihan semula.

"Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak mengadakan satu pemilihan?

"Jika mereka (ROS) membatalkan pendaftaran kita, bukankah itu lebih buruk?" Katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 7 Julai, ROS telah mengarahkan parti itu untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) selepas memutuskan pemilihan 2013 sebagai tidak sah.

Teresa menegaskan bahawa DAP, bagaimanapun, perlu menerima surat rasmi daripada ROS sebelum memutuskan langkah seterusnya.

DAP mengeluh bahawa ROS belum menghantar surat rasmi, walaupun membuat kenyataan umum mahu parti itu mengadakan pemilihan baru. Semalam, Ketua Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo memberi ROS 48 jam untuk mengemukakan atau berdepan risiko tindakan undang-undang.

Apabila ditanya sama ada DAP bimbang pemilihan semula itu boleh mengakibatkan kritikan awam, beliau mengulangi bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan.

"Sekiranya anda mahu wujud, anda mesti mengikut aturan dan peraturan, kami (DAP) tidak takut dikritik oleh orang lain," kata Teresa yang juga MP Seputeh, sambil menambah, sekiranya DAP runtuh, ia tidak akan memanfaatkan sesiapa pun

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga menyuarakan kemungkinan pemilihan semula diadakan.

Belum ada sebarang keputusan dibuat, katanya kepada Malaysiakini.

Seperti Teresa, beliau menegaskan bahawa keputusan hanya akan dibuat sebaik sahaja parti itu menerima surat rasmi dari ROS.

Ulasan Teresa dan Pua itu selari dengan kenyataan ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang sebelum ini berkata parti itu "tidak takut" untuk mengadakan pemilihan semula.

Sehari selepas pengumuman ROS, DAP mengadakan mesyuarat tergempar dengan CEC di ibu pejabat parti itu, di mana Ketua Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan ROS kerana didakwa cuba mensabotaj persiapan parti itu untuk menghadapi PRU14.

Pengumuman ROS itu dibuat lebih empat tahun selepas DAP secara sukarela mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013 selepas senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dikatakan mempengaruhi pemilihan bertarikh 15 Disember 2012.

Hasil pemilihan semula kemudiannya disampaikan kepada ROS pada 8 November 2013, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, ROS tidak mengiktirafnya dan DAP membawa kemelut mereka ke mahkamah. Tuntutan itu bagaimanapun digugurkan.

Keputusan pemilihan 2013 dihantar kurang daripada dua bulan kemudian kepada ROS pada 8 November, mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, ROS tidak mengakuinya, menyebabkan DAP membawa perkara itu ke mahkamah. Kes itu kemudiannya digugurkan.

Jika DAP mematuhi arahan terkini ROS, ini akan menjadi pemilihan ketiga yang dipegangnya untuk diadakanya bagi penggal 2013-2016.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini