Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata cukai pelancongan, antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan cukai itu bergantung kepada kesediaan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau sekali gus menolak dakwaan bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

"Terpulang kepada Kastam sama ada mereka sudah bersedia atau tidak, manakala bagi Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang negeri itu,” katanya.

Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Nazri berkata, cukai itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Terdahulu Nazri hadir menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pelancongan dengan Bank Of China (BOC) di Kuala Lumpur hari ini.

Lihat Komen
ADS