IS mengaku bertanggungjawab ke atas dua cubaan serangan militan di Eropah bulan lepas.

Rumiyah - majalah bulanan dalam talian kumpulan itu - pada hari Khamis menamakan Abu Maysun al-Faransi sebagai lelaki yang merempuh van polis dengan sebuah kereta yang membawa senjata dan bahan letupan di Champs Elysees, Paris pada pada 19 Jun.

Lelaki itu, yang dikenali oleh pihak perkhidmatan keselamatan Perancis, maut dalam kejadian tersebut.

Rumiyah juga menamakan Usamah Zaryuh sebagai lelaki yang melakukan letupan kecil di stesen kereta api pusat Brussels pada 21 Jun. Lelaki itu ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

[Baca berita penuh]

- Reuters