Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno pertahan sebatan terbuka Kelantan
Diterbitkan:  Jul 14, 2017 12:19 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Pemuda Umno Kelantan tampil mempertahankan tindakan pentadbiran PAS mahu melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah di Kelantan.

Ketuanya Muhammad Azam Ismail berkata selain menjadi permulaan baik dalam menegakkan syiar Islam, ia juga langkah yang dinanti-nantikan rakyat di negeri itu.

Muhammad juga berkata rakyat Kelantan sentiasa berharap agar pelaksanaan hukuman itu dibuat secara teratur dan seragam.

"Saya juga melihat hukuman ini mampu mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat yang selama ini memandang ringan mengenai jenayah ini.

"Saya sebagai orang Islam kita seharusnya menyokong penuh dan berdiri teguh terhadap usaha untuk menegakkan syiar Islam," Muhammad dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.

Muhammad mengulas tindakan kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Tambah Muhammad, banyak pihak sebelum ini beranggapan bahawa hukuman tersebut akan dilakukan dengan keras dan zalim namun andaian itu tidak benar sama sekali.

Kata Muhammad, pelaksanaan hukuman tersebut akan dilakukan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Lihat Komen
ADS