Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pakar: Rancangan HARAPAN hapus GST tak masuk akal

Pakar ekonomi menganggap rancangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai dasar ekonomi yang "tidak masuk akal" dan mempersoalkan keperluan berbuat demikian.

Semalam, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan idea itu sebagai sebahagian daripada manifesto pembangkang dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kuasa.

Ahli Akademik, Firdaos Rosli bagaimanapun mempersoalkan rancangan HARAPAN untuk menghapuskan GST.

"Ia tak masuk akal. Secara ekonomi tidak masuk akal," kata Firdaos yang merupakan pengarah Integrasi Ekonomi, Perdagangan dan Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (Isis).

"Jika (HARAPAN) mengambil alih kuasa persekutuan dan menghapuskan GST, ia akan mengurangkan kira-kira RM40 bilion hasil yang dibelanjakan, yang akan menjejaskan keupayaannya untuk mentadbir. Bukan strategi politik yang baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Langkah itu berpotensi menjejaskan komuniti perniagaan di Malaysia dan bukan meringankan beban mereka, kata Firdaos.

"Tidak ada jaminan bahawa harga akan lebih murah dengan pemansuhan GST.

"Malah, di Malaysia, pengurangan GST akan beri kesan perniagaan yang telah menggabungkan sistem cukai ke rantaian bekalan mereka sepenuhnya. Kita sudah dalam tahun kedua melaksanakannya.

"Adakah HARAPAN mahu sesuatu perniagaan mengambil risiko lebih tinggi dengan menghapuskan GST?" Katanya.

Firdaos (gambar) turut menyenaraikan merit pelaksanaan GST.

"Kita hidup dalam era di mana tiada sistem cukai yang lebih baik selain GST yang boleh digunakan sebagai penampan semasa krisis ekonomi.

"Pengumpulan hasil GST tetap mantap semasa krisis ekonomi, tetapi bukan cukai langsung.

"Kita melihat ini di banyak negara, termasuk kita sendiri dalam tempoh dua tahun yang lalu atau lebih," katanya.

Pendapat itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, yang mengatakan GST adalah perlu untuk mengelakkan pendapatan negara berkurangan akibat kejatuhan harga minyak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS