Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Logo HARAPAN seperti Star Trek? Ini jawapan Wan Azizah

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendapat tiada apa yang salah bagi netizen yang menyamakan logo baru gabungan itu dengan logo Star Trek.

Beliau berkata, terdapat persamaan logo gabungan itu dengan logo Star Trek seperti slogan siri sains fiksyen berkenaan yang bermaksud "Berani ke tempat yang tidak pernah dijejaki manusia".

"Ia agak seperti itu (tagline) kerana tak ada siapa yang pernah mengalahkan BN," katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kajang hari ini.

Diminta mengulas mengenai respons terhadap logo baru itu, beliau menjelaskan mereka sebenarnya memilih reka bentuk tersebut kerana ia melambangkan "harapan yang menggunung".

Netizen membandingkan logo baru HARAPAN itu dengan banyak perkara dan salah satunya adalah menyamakannya dengan logo Star Trek.

Sesetengah pengguna internet menyamakannya dengan tanda yang terdapat pada sistem GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) dan juga simbol Freemason.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, beliau menyukai tafsiran yang menyamakan logo berkenaan dengan GPS.

"Jadi, kita akan mencari arah negara ini daripada kekacauan yang telah diwujudkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak ke era yang lebih gemilang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS