Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada apa dengan logo HARAPAN?
Diterbitkan:  Jul 16, 2017 4:07 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Logo baru Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat pelbagai reaksi bercampur baur sejak pelancarannya minggu lalu. Ada yang memuji rekabentuk logo berkenaan dan tidak kurang mengejek rekaannya dengan menjadikan sebagai bahan jenaka.

HARAPAN mendakwa huruf A yang menjadi anak panah pada logo itu mewakili harapan yang menggunung tetapi sesetengah pelayar internet membuat tafsiran mereka sendiri - dari parodi ke teori konspirasi.


Star Trek

Ia mungkin menjadi parodi paling popular apabila logo HARAPAN disamakan dengan siri fiksyen popular, Star Trek. Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berpendapat tiada apa yang salah dengan mengaitkan persamaan tersebut.

Sebaliknya beliau memetik ungkapan popular Star Trek yang bermaksud "Berani ke tempat yang tak pernah manusia pergi".

"Ia agak seperti itu kerana tiada siapa pernah mengalahkan BN," katanya.

Roket DAP

Terdapat juga individu mendakwa logo HARAPAN mewakili simbol roket DAP. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam halaman Facebooknya berkongsi artikel sebuah blog dengan berkata "logo Pakatan Harapan mengesahkan siapa parti dominan."

Petikan dari blog itu menerangkan logo berbentuk tulisan dengan salah satu huruf A itu mirip bentuk roket DAP. Iskandar telah memadamkan posting itu, tetapi beberapa blogger telah membuat tangkapan skrin.

Freemason


Bagi mereka yang percaya teori konspirasi pula mengaitkan anak panah dengan simbol Freemason dan simbol kompas. Ini dikatakan sebagai bukti "agenda Yahudi" yang dibawa melalui DAP.

Logo ARMADA BERSATU

Satu lagi ialah kaitan logo HARAPAN dengan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun menafikannya.

"Apabila kami keluarkan logo ARMADA BERSATU, jika anda lihatnya ia hampir sama. Tidakkah anda fikir saya mainkan peranan pilih logo itu (HARAPAN) kerana ia kelihatan seperti Armada? Tidak," katanya pada sidang akhbar Jumaat lalu.

Anak panah GPS

Antara tafsiran yang pelbagai termasuk anak panah pada logo itu adalah sama seperti tanda yang terdapat pada Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang mengaitkan logo itu dengan GPS berkata "Kita akan mencari arah negara ini daripada kekacauan yang telah diwujudkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak".

Hidung Mahathir


Namun yang paling menarik mengenai logo itu adalah apabila ada pihak menggambarkannya mewakili hidung Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jenaka ini ditimbulkan oleh laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Laman Facebook itu menyiarkan gambar hidung Mahathir dengan petikan berbunyi "Ini hidung saya".

Lihat Komen
ADS