Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU14: Elak burukkan calon lain, kata Anifah
Diterbitkan:  Jul 16, 2017 6:05 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Semua sayap Umno dinasihatkan supaya berkempen secara berhemah bagi memenangkan calon BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata anggota Umno juga perlu mengelak daripada memburukkan calon-calon lain termasuk menyerang keperibadian pembangkang.

“Ini (menyerang keperibadian) taktik pembangkang. Ini bukan cara Umno,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kimanis, Sabah hari ini.

Anifah, yang juga Anggota Parlimen Kimanis dan Ketua Bahagian Umno Kimanis, turut mengingatkan anggota parti supaya ikhlas dan taat setia terhadap parti supaya Umno kekal relevan.

“Keikhlasan dan taat setia dalam diri setiap anggota parti mampu mengelak daripada tindakan mengkhianati parti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya tidak mengikut hawa nafsu untuk menjadi calon pada PRU14 tanpa memiliki wawasan dan sokongan daripada pengundi.

"Jika mahu jadi pemimpin, perlu ambil kira banyak faktor. Kita mahu calon yang berwawasan, disenangi dan boleh membela nasib rakyat," katanya.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS