'PM tonjol imej sederhana tapi sokong BTN yang 'rasis'

   

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersikap hipokrit apabila memperjuangkan kesederhanaan dan pada masa yang sama mengiktiraf Biro Tatanegara (BTN) yang mempromosikan perkauman, kata Anggota Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Patto berkata perdana menteri menganjurkan idea 1Malaysia khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, menjadi pengasas Gerakan Kesederhanaan Global dan memperkenalkan konsep wasatiyah, namun pada masa sama membenarkan kewujudan BTN di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Patto berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Najib yang memuji BTN dengan mengatakan agensi itu masih relevan untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib juga dilapor berkata BTN mempunyai objektif bagi memastikan kerajaan dapat meneruskan kepimpinan negara.

"Kenyataan ini menggunakan (atau menyalahgunakan) BTN untuk kesinambungan politik adalah mencerminkan keangkuhan dan kesombongan Umno-BN untuk menyalahgunakan jentera kerajaan sebagai tempat berpaut," kata Patto.

Beliau mempersoalkan sama ada Najib telah ketandusan idea untuk memenangi pilihan raya sehingga terpaksa menggunakan perkauman bagi mengekalkan kuasa Umno-BN.

Patto menambah BTN, walaupun telah diberikan tugas secara umum dalam soal pembinaan negara, namun telah melakukan perkara sebaliknya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda