PAS kecam sekatan Israel di Masjid al-Aqsa

       

ULASAN | PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menahan Mufti Baitulmaqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap mereka kepada umat Islam.

Alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakan seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa.

Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan rejim berkenaan dan sekutunya.

Masjid a-Aqsa dan keselamatan Baitulmaqdis adalah tiang kesatuan umat dan membebaskan ia daripada cengkaman rejim haram Israel dan Zionis mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia.

Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab.

Sepatutnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ketua-ketua negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis, bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan rejim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan keamanan dunia.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda