Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Bukan kontraktor kroni, MRT siap awal
Diterbitkan:  Jul 17, 2017 2:46 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) berjaya disiapkan lebih awal dan tidak melebihi peruntukan ditetapkan.

Ia juga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melibatkan kan penyertaan golongan bumiputera yang ramai dan menggunakan sistem tender terbuka yang paling telus pernah dilaksanakan kerajaan.

“Apabila kita melaksanakan agenda bumiputera, ia tidak memperlambatkan projek atau mengganggunya.

“Ini kerana kita memberi (kontrak) kepada bumiputera yang layak, bukan kroni,” kata Najib ketika melaksanakan jajaran MRT di stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Najib berkata kontraktor terlibat dipilih berdasarkan prestasi dan harga terbai ditawarkan.

Dalam ucapannya, Najib memuji jajaran SBK yang menurutnya kurang RM2 bilion berbanding peruntukan RM23 bilion.

Ia juga berjaya disiapkan sebelum tarikh 31 Julai yang dirancang.

Najib berkata beliau berbangga dengan kejayaan itu kerana banyak projek-projek mega di seluruh dunia sering tertangguh.

Stesen baru itu terletak dekat dengan Stadium Kajang dan restoran-restoran sate Kajang, yang pernah menjadi kegilaan orang ramai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS