Nazri: Jamal sesuai sebagai calon Ketua Pemuda Umno

       

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melihat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai calon yang baik untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.

Ini, kata beliau, sekiranya Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan Umno akan datang.

"Mengapa tidak, jika Khairy tidak lagi mahu jawatan sebagai ketua Pemuda, Jamal boleh bertanding, apa masalahnya? Saya rasa dia calon yang baik.

"Jika dia datang berjumpa, saya akan menyokongnya, tetapi dia tidak datang berjumpa dengan saya, itu adalah okay, itu hak dia," katanya pada satu sidang akhbar.

"Dia ahli DAP? Bukan. Kalau dia ahli Umno, okay,’ katanya.

Jamal dilapor meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

[Baca berita baik]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda