Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki kanibal mengidam nak beristeri
Diterbitkan:  Jul 17, 2017 5:23 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

GLOBAL | Hampir 15 tahun berlalu dan Sumanto sudah bebas dari penjara. Namun hidup tidak kembali cerah buat lelaki yang pernah menggemparkan ramai orang pada 2003 lalu.

Tubuhnya masih gempal dan di kepalanya belum banyak uban kelihatan. Misainya tetap kemas, manakala di dagunya ada janggut dipotong rapi.

Dia dibebaskan daripada tahanan pada 2006 namun penduduk di Plumutan di Purbalingga, Jawa Tengah enggen menerima kehadiran Sumanto.

Mungkin ramai yang sudah terlupa namun lelaki itu menggemparkan dunia apabila ditangkap kerana membongkar kuburan dan memakan mayat.

Dia bernasib baik kerana seorang sukarelawan yang mengendalikan pusat pemulihan pesakin mental, Supono, sedia membantunya.

Selepas berbelas tahun di rumah kebajikan itu, apa yang terjadi pada Sumanto?

Nikah di hotel pun boleh

Kata Supono secara umum ada banya perubahan pada Sumanto, seperti mampu melakukan kerja seperti orang biasa termasuk bercucuk tanam. Dia juga mengikuti kelas pengajian agama.

Pada ketika tertentu Sumanto diberi peluang melaungkan azan.

Namun dalam keadaan begitu orang ramai - terutama di kampung asalnnya - enggen menerima.

Ada satu lagi keinginan Sumanto. Dia ingin beristeri dan berharap ada wanita yang sedia menerimanya seadanya.

Untuk membantu Supono mencuba sebaik mungkin. Antara langah diambilnya ialah mencarikan jodoh buat Sumanto. Lebih daripada itu dia juga menyatakan kesanggupan menanggung biaya kenduri pernikahan itu jika ada wanita yang sudi.

Bagaimanapun setakat ini Sumanto terpaksa terus berharap.

"Saya sudah umumkan termasuk di media. Kos pernikahan saya tanggung walaupun jika mereka mahu diadakan di hotel.

"Malangnya tak ada wanita yang mahu sampai sekarang," katanya seperti dilaporkan Tribunnews hari ini.

Daging budak lebih gurih

Kisah Sumanto memang mengerikan. Semasa dibicarakan dia mengaku sudah memakan sekurang-kurangnya tiga orang.

Dua daripada mangsanya dibunuh terlebih dulu, manakala mangsa ketika - seorang wanita berusia 81 tahun - dicuri dari kubur kira-kira 16 jam selepas dikebumikan.

Dia juga pernah mengaku, rasa daging budak berusia 12 tahun lebih gurih (enak) berbanding orang dewasa.

Asalnya Sumanto menimba ilmu untuk mendapatkan kuasa ajaib daripada seorang guru di Temanggung, Jawa Tengah.

Untuk mencapai darjat itu, gurunya meminta Sumanto memakan tujuh orang.

Jika mahu lebih hebat, jumlah itu perlu ditambah kepada 21 orang, atau 41 orang.

Mangsa pertama Sumanto ialah rakannya sendiri, manakala yang kedua seorang perompak yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya.

Lihat Komen
ADS