Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14 antara PAS dan Umno, kata Idris
Diterbitkan:  Jul 18, 2017 11:15 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Realiti pertarungan politik sebenar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara PAS dan BN, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, pertembungan sengit dijangka berlaku di antara kedua-dua parti itu dalam memenangi undi orang Melayu, sekali gus memegang kunci kemenangan.

Katanya, jika berlaku gelombang tsunami politik dalam kalangan pengundi Melayu, beliau yakin mereka akan mengundi PAS yang mempunyai rekod perkhidmatan jauh lebih bersih berbanding BN.

"Rakyat mengetahui sejarah rekod kepimpinan kerajaan Umno bermasalah, malah rekod teraju utama kepimpinan Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga teruk.

"Sebaliknya, rekod kepimpinan PAS hingga kini bersih, malah tiada pemimpin parti disabitkan dengan sebarang kesalahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk di Kelantan," katanya seperti dilapor Sinar Harian ketika sidang media jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS Perak semalam.

Katanya, pengumuman kepimpinan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mampu menggugat persaingan politik sengit antara PAS dan BN kerana tiada parti dalam pakatan itu mempunyai pengaruh dalam kalangan pengudi Melayu.

Mengenai DAP pula katanya, parti itu tidak memerlukan kerjasama dengan parti-parti lain kerana ia mampu bersendirian untuk menjadi "king maker" pada PRU akan datang.

"DAP tidak memerlukan penagruh parti lain untuk membantu mereka mengekalkan kerusi majoriti pengundi bukan Melayu.

"Ini disebabkan majoriti pengundi Cina tidak memerlukan organisasi, sebaliknya mereka lebih terkesan dengan sentimen, persepsi dan emosi yang dimainkan DAP.

"Sebaliknya senario ini akan menyebabkan pengundi Melayu menjadi mangsa dan saya yakin pertarungan sebenar PRU14 hanya antara PAS dan Umno sahaja," katanya.

Beliau turut menyifatkan dakwaan berterusan PAS berkawan dengan BN sebagai tidak berasas.

 

Lihat Komen
ADS