Paling Popular
Terkini
story images
story images

Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu mencetuskan Tsunami Melayu kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum akan datang?

Walaupun penyokong parti itu optimis mengenai peluang HARAPAN, namun mereka masih ragu-ragu mengenai sebesar manakah "gelombang" yang dapat dihasilkan oleh Mahathir dan BERSATU.

Malaysiakini menemui beberapa individu yang menghadiri ceramah HARAPAN di Shah Alam malam tadi.

Megat Fariz, 42, lebih yakin dengan tsunami berkenaan dengan meramalkan sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi Melayu akan berpindah kepada HARAPAN atas faktor Mahathir.

"Orang ramai takut menyokong pembangkang, tetapi dengan kehadiran Mahathir mereka akan sokong (HARAPAN)," katanya.

Bagaimanapun, individu lain pada majlis itu agak lebih berhati-hati.

"Kemungkinan tu ada, tapi saya tak berani mengatakan kerana saya tak mahu terlalu yakin," kata Johari Rosli.

Begitu juga, Vincent Ong yang turut menunjukkan keraguannya.

"Untuk mengatakan akan ada tsunami, saya tidak pasti, tetapi saya percaya akan ada suara undi Melayu untuk HARAPAN.

"Mungkin Mahathir mampu menarik sokongan orang Melayu terutama di Kedah, Perak dan mungkin di Johor," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS