Gabungan Tadbir Urus, Integriti, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (GIAT) hari ini melancarkan lima perkara mengenai agenda tadbir urus yang baik dengan harapan ia diserapkan oleh parti kerajaan dan pembangkang dalam manifesto pilihan raya mereka.
Lima perkara itu adalah:
-Mengesahkan undang-undang yang menegaskan kebebasan institusi, paling penting ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat peguam negara.
- Menerapkan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) negara, menyemak semula Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan mengamalkan prinsip data terbuka.
-Menggubal undang-undang supaya menteri kabinet, ahli parlimen, pegawai yang dipilih dan pegawai kanan kerajaan mengiystihar aset mereka secara terbuka.
- Melaksanakan amalan bajet dan perbelanjaan telus di semua peringkat kerajaan, termasuk mekanisme pemantauan.
- Menggubal undang-undang agar semua parti politik mengumumkan secara terbuka semua bentuk pendapatan dan perbelanjaan.
Gabungan GIAT terdiri daripada lima organisasi masyarakat madani, iaitu Transparency International Malaysia, Projek Sinar, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Friends Of Kota Damansara dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
