Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang ingatkan Apandi pada ayat Quran
Diterbitkan:  Jul 19, 2017 4:31 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Jarang berlaku, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada bait-bait ayat al-Quran.

Lim berbuat demikian setelah Apandi berkata beliau hanya takut pada Allah, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memanggilnya jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru.

“Jika benar Apandi takutkan Allah, beliau tidak sepatutnya menjadi peguam negara untuk kleptokrasi sedunia,” kata Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah.

Lim justeru membariskan petikan dua ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah daripada ayat ke-42 dan ke-60, yang berbunyi:

  • “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)
     
  • “... dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)

Mahathir kelmarin berkata, jika HARAPAN menang pilihan raya, mereka akan memanggil Apandi untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apandi menafikan perkara itu dan berkata beliau hanya gentar pada Allah dan bukan sesiapa pun, termasuk Mahathir.

Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International.

Apandi juga menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan.

Lihat Komen
ADS