Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Selepas beberapa dekad berada di pihak yang bertentangan, Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergandingan membentuk satu pakatan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN daripada tampuk kuasa.

Kerjasama yang tidak pernah terjadi sebelum ini telah melakarkan semula skrip politik negara.

Bagaimanapun, Lim tidak mahu berterus-terang apabila ditanya mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu bahawa beliau adalah orang nombor satu dalam Pakatan Harapan dan sama ada dirinya mempercayai bekas perdana menteri itu.

Disoal mengenai kenyataan "top dog" Mahathir, Lim enggan mengulas, dan berkata beliau tidak bukan anggota majlis presiden HARAPAN dan tidak menghadiri mesyuaratnya.

Mengenai sama ada beliau mempercayai Mahathir, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata perbezaan pandangan dan ketokohan memang dijangka dan objektif utama mereka mengatasi isu-isu lain.

"Kami mempunyai personaliti masing-masing dan ia berkisar kepada kerjasama untuk tujuan yang sama.

"Sudah tentu terdapat perbezaan yang perlu diselesaikan dan saya percaya ini mampu dilakukan ... dan kita boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, (tanpa) sesiapa mengatasi yang lain.

"Tidak perlu saya memberi komen mengenai frasa individu (top dog) atau sebarang label,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS