Kumpulan hak asasi manusia Suaram mengecam tindakan Jabatan Imigresen kerana dikatakan menahan seorang aktivis hak asasi manusia dari Bangladesh.
"Suaram menggesa pembebasan beliau segera dan menuntut Jabatan Imigresen menghentikan gangguan terhadap pejuang hak asasi manusia yang melawat Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Suaram mendakwa Adilur Rahman Khan ditahan kira-kira pukul 4 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia). Beliau tidak diberitahu tentang sebab penahanan.
Aktivis berkenaan sepatutnya menghadiri persidangan untuk membincangkan pemansuhan hukuman mati di Kuala Lumpur pada petang ini sehingga Sabtu.
Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali dan sedang menunggu maklum balas beliau.
