Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP jelaskan mengapa Kit Siang tiada dalam kepimpinan HARAPAN
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 3:41 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Dalam menjelaskan mengapa bapanya Lim Kit Siang tidak dinamakan dalam barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu berfungsi melalui sistem kepimpinan kolektif walaupun tanpa kehadiran pemimpin kanan, seperti dirinya.

Sebagai contoh, Guan Eng berkata, dirinya dan Kit Siang tidak hadir pada mesyuarat tengah malam pada 14 Julai lalu semasa pengumuman barisan kepimpinan HARAPAN, tetapi parti itu diwakili oleh pemangku pengerusinya, Tan Kok Wai.

Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, berada di Amerika Syarikat ketika itu.

"Pada mesyuarat itu, DAP diwakili oleh beberapa pemimpin," katanya ketika ditanya mengapa Kit Siang, selaku pemimpin kanan dan Ahli Parlimen Gelang Patah, tidak dilantik menganggotai struktur kuasa HARAPAN yang mengambil masa beberapa bulan rundingan sebelum menjadi kenyataan.

"Perkara unik mengenai DAP adalah apabila wakil kami menghadiri mesyuarat itu, sesiapa sahaja, sama ada saya sendiri atau bukan, dia mempunyai mandat parti untuk membuat keputusan,” kata Lim, yang juga adalah Ahli Parlimen Bagan.

"Kami dalam DAP bekerja berdasarkan kepimpinan kolektif. Sebelum mesyuarat itu, kami akan membincangkan dan memutuskan langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.

HARAPAN mengumumkan logo dan struktur kepimpinannya pada 14 Julai yang menyaksikan bekas pemimpin pembangkang yang kini meringkuk di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai ketua umum, manakala bekas seterunya yang bertukar menjadi sekutu, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi gabungan pembangkang itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS