Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tiga sebab utama ibu bapa hantar anak ke sekolah Cina'
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 3:48 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Terdapat perdebatan berlarutan mengenai kewujudan sekolah jenis kebangsaan atau vernakular di Malaysia sama ada institusi pendidikan ini menanam benih-benih perkauman atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Pemuda Gerakan Andy Yong berpendapat kerajaan harus berusaha memahami sebab-sebab di sebalik persepsi negatif terhadap sekolah kebangsaan.

Beliau berkata persepsi atau tanggapan negatif terhadap sekolah kebangsaan merupakan sebab utama bagi ramai ibu bapa dalam kalangan kaum Cina memilih untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah-sekolah vernakular.

"Saya membuat tinjauan selama enam bulan yang lalu terutamanya di kalangan ibu bapa Cina muda dan kebanyakan mereka bersetuju selain kualiti, prinsip merit dan kesamaan juga harus digunakan bagi memupuk keyakinan orang ramai dan menggalakkan pendaftaran ke sekolah kebangsaan.

"Ramai ibu bapa sanggup menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan jika piawaian akademik, persekitaran yang kondusif dan kualiti guru setaraf atau lebih baik daripada sekolah-sekolah vernakular.

"Jadi inti kepada perkara ini adalah tiga isu utama ini. Tolong jangan beritahu saya kualiti sekolah kebangsaan kita adalah antara yang terbaik di dunia," katanya kepada Malaysiakini.

Kekalkan kepelbagaian

Yong bersetuju bahawa jalan ke hadapan adalah beralih daripada sekolah-sekolah vernakular secara beransur-ansur, tetapi menegaskan bahawa kepelbagaian di Malaysia mesti dipantulkan dalam sistem pendidikannya.

"Kebudayaan dan bahasa ibunda yang berlainan adalah satu warisan yang sepatutnya dibenarkan untuk berkembang maju dan diajar di semua sekolah dengan kedudukan yang sama.

"Lagipun, ia dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan saya bersetuju sekolah vernakular tidak dijamin di bawah perlembagaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS