Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harapan M'sia mara ke final AFF U-15 lebur
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 7:10 AM
Dikemaskini: 11:14 PM

Harapan skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun untuk ke final Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun lebur, selepas kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Chonburi, Thailand semalam.

Gol kemenangan dijaringkan Jakkrapong Sanmahung pada minit ke-17 untuk pasukan tuan rumah mara ke final buat kali keempat, menurut laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, juara dua kali Vietnam, menewaskan juara bertahan Australia 2-0 di venue
yang sama malam tadi.

Malaysia akan bertemu Australia pada perlawanan bagi tempat ¾ manakala Vietnam akan beraksi menentang Thailand pada perlawanan akhir. Kedua-duanya akan diadakan di venue sama pada hari Sabtu.

Edisi ke-12 kejohanan tahunan itu diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara dengan Australia mendahului cabaran

Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 selepas menundukkan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti
setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa perlawanan sebenar.

Kejohanan itu sebelum ini dimainkan oleh pasukan Bawah 16 Tahun. Kumpulan umur baharu ini diperkenalkan tahun ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS