Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN: Kelulusan kondo mewah di PP cuma 8 hari?
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 9:09 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

BN mendakwa terdapat layanan istimewa diberikan terhadap projek kondominium murah berbanding perumahan mampu milik di negeri itu.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Eric See-To Choong berkata sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek terowong bawah laut hanya memerlukan lapan hari untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, sedangkan piagamnya menetapkan tempoh 108 hari.

Beliau membandingkan dengan projek perumahan mampu milik kerajaan negeri di SP Chelliah yang menurutnya mengambil masa 223 hari.

Projek perumahan mampu milik kerajaan Persekutuan pula mengambil masa 516 hari untuk memperoleh kelulusan kebenaran merancang, kata See-To lagi.

“Persoalan kini timbul, adakah syarikat SPV terowong ini diberikan layanan istimewa kerana berjaya memperoleh kelulusan sangat pantas bagi projek kondominium mewah, terutama jika dibandingkan dengan projek perumahan mampu milik,” katanya.

Lihat Komen
ADS