Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Israel larang umat Islam bawah 50 tahun memasuki Masjid Al-Aqsa
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 7:40 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

GLOBAL Umat Islam berumur bawah 50 tahun hari ini, dihalang rejim Israel daripada memasuki Masjid al-Aqsa selain menempatkan kira-kira 3,000 anggota polis bagi mengawal kawasan berhampiran masjid berkenaan, lapor agensi berita China Xinhua.

Tindakan itu, susulan keputusan Israel enggan membuka semula alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk komples Haram al-Sharif berikutan dua anggota keselamatan rejim itu maut ditembak dalam satu serangan Jumaat lepas.

Seorang jurucakap polis berkata dalam satu kenyataan, hanya wanita dan lelaki berumur lebih 50 tahun sahaja dibenarkan memasuki kawasan masjid.

Selain itu, pihak Israel turut menambah jumlah tentera dan polis sebagi langkah meningkatkan kawalan keselamatan. 

Langkah itu, dilihat bakal mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam. 

Penduduk Palestin mendakwa tindakan Israel bertujuan untuk menguasai sepenuhnya kawasan Masjid al-Aqsa. 

Para pemimpin Islam menyeru pada Jumaat diadakan solat hajat secara besar-besaran sebagai tanda protes terhadap tindakan terbaharu Israel.

Palestin serta beberapa negara Arab turut mendesak Israel membuka semula alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk masjid kerana ia dianggap pencabulan hak asasi manusia.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS