Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wakil Umno, DAP bersatu bidas Indonesia
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 9:44 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

Mengetepikan fahaman politik, wakil rakyat Umno dan DAP sama-sama berhimpun bagi membantah tindakan penguat kuasa perairan Indonesia yang didakwa menahan dan menembak kapal nelayan Malaysia.

Malah, bot penguat kuasa republik itu juga dikatakan memasuki perairan negara ini.

Antara hadir dalam perhimpunan di Sekinchan itu termasuk anggota parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan pemimpin popular Umno Datuk Jamal Md Yunos.

Mereka dilapor berhimpun kira-kira 30 minit di jeti kawasan itu sebelum mengadakan sidang media bersama selepas itu.

Sekumpulan nelayan tempatan turut menyertai mereka.

Budiman dan Ng sama-sama menaikkan gambar bersama mereka di Facebook masing-masing.

Budiman dalam kenyataan medianya mewakili nelayan menafikan mereka memasuki wilayah Indonesia.

“Kami merasa sangat duka cita dengan tindakan penguatkuasa Indonesia ini kerana ia boleh mengancam nyawa kami sedangkan masih mencari ikan di perairan Malaysia,” kata Budiman.

Mereka juga merancang mendapatkan pandangan pihak Wisma Putera untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ng pula berkata beliau mengutuk keras tindakan itu.

“Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak penguatkuasaan Indonesia menceroboh perairan Malaysia dan menembak bot nelayan Sekinchan.

“Dua bot telah ditangkap (ditahan) oleh mereka,” katanya.

Lihat Komen
ADS