Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gempa di Turki, Greece: Tiada rakyat M'sia dikesan terlibat
Diterbitkan:  Jul 22, 2017 6:21 AM
Dikemaskini: Jul 22, 2017 1:41 AM

Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti sehingga kini menjadi mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter diBodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece pada pukul 6.31 pagi (waktu Malaysia), pada hari Jumaat.  

Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam tadi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu.

Ia menyarankan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat  kesan bencana itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpaşa atau di talian  +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel  [email protected]

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 200 cedera dalam gempa bumi itu. 

- Bernama

Lihat Komen
ADS