Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jurucakap Trump, Sean Spicer letak jawatan
Diterbitkan:  Jul 22, 2017 10:35 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

GLOBAL Khidmat Sean Spicer sebagai setiausaha akhbar Rumah Putih berakhir semalam apabila dia memberi laluan kepada penyokong tegar Presiden Donald Trump untuk mengambil tugas pengarah komunikasi.

Anthony Scaramucci, bekas pelabur Wall Street dan penyokong tegar Trump, dilantik mengetuai pejabat komunikasi Rumah Putih.

Sarah Sanders, yang berkhidmat sebagai timbalan setiausaha akhbar di bawah Spicer, dilantik menggantikan Spicer.

Spicer yang menulis di Twitter menyifatkan sebagai satu "penghormatan dan keistimewaan" dapat berkhidmat kepada Trump dan negara itu, sambil menambah bahawa dia akan meninggalkan Rumah Putih pada bulan Ogos.

Spicer, 45, meletak jawatan selepas Trump melantik Scaramucci, pengasas dana lindung nilai SkyBridge Capital, untuk menjadi bosnya, lapor New York Times. Akhbar itu berkata Spicer tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

Tetapi Scaramucci menafikan berlaku sebarang "pergeseran" antaranya dan Spicer selepas dia secara rasmi diperkenalkan di bilik taklimat Rumah Putih dan menjawab soalan. [Baca berita penuh]
- dpa

Lihat Komen
ADS