Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bot karam: Anggota PGA lemas, seorang lagi hilang
Diterbitkan:  Jul 22, 2017 1:25 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Seorang anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas bot dinaiki karam di kawasan perairan Kampung Tundun Bohangin, Kinabatangan petang semalam. 

Mayat Koperal Walter Dennis ditemui tidak lama selepas kejadian manakala Koperal Muhd Hanip @ Musley dilaporkan masih hilang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Razali Awang Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.01 petang.

Bot dipercayai dinaiki tiga orang iaitu dua anggota PGA terbabit dan seorang penduduk kampung dikenali sebagai Lawiq bin Elan yang terselamat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini melibatkan anggota bomba, Polis Marin dan PGA.

Bot yang karam telah dijumpai dan operasi pencarian mangsa yang hilang ditumpukan di kawasan kejadian, katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS