Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tawar 'jalan pulang' 6 bulan buat peneroka melawan

Kerajaan memberi tempoh enam bulan kepada lebih 17,000 peneroka yang 'melawan' agensi itu supaya kembali bermuafakat dan menerima pelbagai insentif disediakan, kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, tempoh berkenaan bermula Ogos ini.

Jika mereka bersetuju dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya, peneroka terbabit akan diberikan insentif berkenaan.

"Atas nama yang mulia dan semangat kemuafakataan, buat pertama kalinya secara rasmi, saya ingin mengumumkan bahawa kita akan memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada Felda, dan peneroka yang menyaman Felda, untuk kembali bermuafakat bersama Felda.

"(Jika) mereka dapat menunaikan syarat-syarat ini, barulah mereka boleh menerima pakej insentif ini," katanya di Putrajaya hari ini.

Najib menghadiri sambutan kemuncak Hari Peneroka Kebangsaan yang diadakan di Persiaran Perdana yang dikatakan dihadiri lebih 20,000 peneroka dari seluruh negara.

Pada majlis itu Najib mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda, termasuk pelupusan hutang, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Beliau juga mengumumkan bayaran insentif khas RM5,000 untuk kebajikan 94,956 keluarga peneroka yang layak.

"Dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta, pembayaran akan mula dibuat pada penghujung Ogos ini," katanya.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS