Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Untuk tempoh dua bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin kelihatan agak mengurangkan tindakan tegasnya, namun ketika Syawal sudah sampai ke penghujung, keadaan akan berubah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad menegaskan pada bulan-bulan mendatang ini keadaan bakal menjadi lebih 'panas'.

"Kita akan ambil tindakan ke atas pengkhianat," katanya.

Menjelaskan perkara itu Dzulkifli berkata semasa Ramadan lalu SPRM kelihatan kurang menonjol, manakala selepas bulan puasa berakhir orang ramai banyak mengadakan majlis hari raya.

"Makan lemang banyak, jadi slow sedikit," katanya.

Namun kata Dzulkifli keadaan mula panas sedikit demi sedikit, seperti tindakan SPRM membuka semula kes membabitkan Felda sebelum ini.

"Insya-Allah pada Ogos dan September ini keadaan akan jadi lebih panas," katanya dalam ucapan bersemangat disampaikan beliau di sempena perasmian portal My Aduan Rasuah di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Dzulkifli menyatakan beliau mengeluarkan arahan supaya fail siasatan kes Felda dibuka semula pada 10 Julai lalu.

Pada 22 Julai pula, SPRM mengumumkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh Felda Investment Coperation (FIC).

Kata SPRM, mereka diminta memberi keterangan mengenai pembeliau hotel di Kensington antara 2013 dan 2015 lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS