Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kertas putih 1MDB tentang campurtangan asing jadi tanda tanya

PARLIMEN l Adakah kerajaan akan membuka siasatan kertas putih ke atas campur tangan asing dalam kes 1MDB?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menuntut jawapannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun kedua-dua soalan dan jawapannya kini terawang-awangan.

Ketika perbahasan Dewan Rendah semasa masa soal lisan, Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) meminta panduan daripada Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamed Said mengenai soalan itu, yang dipercayai telah ditolak - mungkin atas alasan ia adalah sub judis.

“Saya perlu panduan, soal kertas putih 1MDB bagi menerangkan campur tangan asing dalam 1MDB.

“Bukan tentang 1MDB tetapi tentang campur tangan asing. 1MDB tak ada dalam mahkamah,” kata Wan Azizah.

Ismail bagaimanapun berkata bahawa soalan mengenai peraturan mesyuarat hanya boleh dikemukakan selepas soalan lisan berakhir.

“Petua dari Tan Sri speaker soalan peraturan mesyuarat dibuat selepas sesi soalan lisan. Saya akan jawab selepas itu,” katanya.

Sesi soalan lisan dijangka berakhir pada 11.30 pagi, dan Wan Azizah dijandual mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu kemudian.

1MDB hari ini menjadi subjek pelbagai siasatan di luar negara.

Antaranya, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berusaha untuk merampas lebih AS$1.7 bilion aset yang didakwa dibeli dengan menggunakan dana yang dituduh diselewengkan dari 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS