Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai kanan JPJ dipindahkan
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 11:42 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob, yang disabit bersalah memandu di lorong kecemasan, dilapor dipindahkan ke Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA).

Beliau dipindah bersama Pengarah Penguatkuasaan jabatan itu Datuk V Valluvan Vello berkuatkuasa Jumaat lalu, lapor Utusan Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi bagaimanapun berkata, ia proses biasa pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.

“Pertukaran ini dibuat oleh JPA dan kementerian menghormati keputusan tersebut.

“Oleh itu, kita minta supaya tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung pertukaran ini,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia 
di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan terdapat dakwaan pertukaran Yusoff dibuat kerana mencemar nama JPJ atas kesalahannya, termasuk gagal hadir dan menghantar wakil untuk berdepan pertuduhan di mahkamah.

Ketua Hakim mengarahkan kes itu diremit semula ke mahkamah majistret dan mempersoalkan bagaimana pengakuan tertuduh dibuat melalui wakil.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi memaklumkan pertukaran dua pegawai atasan itu ditukarkan mengikut kehendak JPA.

Lihat Komen
ADS