Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli Umno diingatkan bahaya k’jaan DAP dan tsunami Melayu
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 11:57 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Ahli-ahli Umno diingatkan supaya tidak mengambil mudah ancaman tsunami Melayu oleh pihak pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti dan juga mengenai bahaya kerajaan yang diketuai DAP, kata akhbar New Straits Times (NST).

“Orang Umno tidak boleh mengambil mudah, berasa selesa, mengatakan tiada masalah atau boleh menang pada PRU-14.

“Tetapi merekaperlu bekerja keras memberi penjelasan kepada mereka yang kurang faham tentang politik tanah air.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengatakan pilihan sama ada mahu pentadbiran diterajui orang Melayu dan Islam atau kerajaan alternatif yang diketuai DAP yang hala tujunya sangat bahaya kepada orang Melayu,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, semalam.

Akhbar itu turut memetik Tajuddin sebagai berkata anggota parti tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan semasa sebaliknya perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat.

Pada 11 Julali lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno tidak akan mampu menahan gelombang "tsunami Melayu" yang bakal melanda kubu-kubu kuatnya.

Muhyiddin, bekas timbalan presiden dan timbalan perdana menteri, dipecat daripada parti itu selepas membangkitkan skandal 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS