Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengetuai pasukannya melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras rasuah.

Khalid mengetuai lebih 200 pegawai dan anggota polis membacakan ikrar berkenaan dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pagi ini, secara serentak membabitkan semua kontijen di seluruh negara.

Menjelaskan pentingnya mengadakan upacara itu pada masa yang sama, Khalid berkata dalam ucapannya ia merupakan manifestasi sokongan dan komitmen pasukan polis ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bebas daripada rasuah.

Satu salinan ikrar itu kemudian ditandatangani oleh Khalid bersama-sama dengan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dzulkifli mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menjadi satu-satunya agensi penguatkuasaan yang telah menyatakan ikrar di peringkat nasional.

Katanya, majlis itu melakar peristiwa besar dalam sejarah dan pihaknya akan cuba memastikan semua agensi penguatkuasaan yang lain akan menurut jejak langkah yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS