Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizieq kata nak balik Indonesia Ogos ini
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 4:38 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

GLOBAL | Selepas beberapa bulan berteka-teki kali ini Ririez Shihab membayangkan dia akan kembali menjejakkan kaki ke negaranya pertengahan bulan depan ini.

Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) itu dikhabarkan akan hadir pada majlis sambutan hari memperingati penubuhan kumpulan berkenaan 17 Ogos nanti.

Peguam Rizieq, Sugito Atmo Pawiro, berkata kepulangan Rizieq - yang dicari polis untuk disiasat berhubung skandal sembang lucah dengan seorang janda - bersifat sementara.

"Jika keadaan mengizinkan, barulah Rizieq membuat keputusan sama ada pulang terus akan sekali lagi ke luar negara," katanya.

Sugito juga menyatakan Rizieq bercadang kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan haji.

Rizieq kini dikaitkan dengan isu bersembang lucah dan hal-hal atas ranjang dengan seorang ibu tunggal, Firza Husein, melalui aplikasi WhatsApp.

Turut beredar dalam sembang itu ialah imej bogel seorang wanita didakwa sebagai Firza.

Tak boleh henti saja-saja

Firza sudah disoal siasat dan kemungkinan besar akan didakwa di mahkamah, tetapi Rizieq - yang terkenal dengan syarahan berapi-api - menafikan terbabit dalam skandal berkenaan.

Rizieq meninggalkan Indonesia dan berlepas ke Arab Saudi sebelum polis sempat mengambil keterangannya.

Sementara itu Polis Metro Jaya berkata mereka mengalu-alukan kepulangan Rizieq yang dijangka sebelum September.

"Kalau benar dia pulang, baguslah. Kita akan segera menyoal siasat beliau," kata salah seorang pegawai kanan polis di Jakarta itu, Raden Prabowo Argo Yuwono.

Menurut Argo kes itu tetap disiasat walapun Rizieqsudah megutus surat kepada Presiden Joko Widodo untuk minta supaya pemimpin terbabit mengarahkan siasatan ke atasnya dihentikan.

"Untuk menghentikan siasatan, ada syaratnya bukan boleh begitu saja," katanya.

Sebelum ini penyokong Rizieq mendakwa Jokowi sudah dihubungi untuk meminta supaya siasatan kes Rizieq dan ketua Yayasan Sahabat Cendana itu.

Lihat Komen
ADS