Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIC tawar biasiswa RM18 juta kepada 900 penuntut
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 6:14 AM
Dikemaskini: 10:18 PM

Program Biasiswa Presiden MIC menawarkan biasiswa berjumlah RM18 juta kepada 900 penuntut India yang layak daripada kalangan keluarga berpendapatan Bawah 40 (B40) bagi melanjutkan pengajian dalam bidang akademik dan kemahiran.
         
Presiden MIC Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata inisiatif itu dilaksanakan oleh Biro Pendidikan MIC dengan kerjasama 18 institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini.
       
Beliau berkata biasiswa itu boleh dimohon oleh mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu biasiswa penuh dan separa biasiswa.

"Ini adalah sebahagian daripada Rangka Tindakan India Malaysia untuk mentransformasikan komuniti India di negara ini bagi memastikan mereka berpeluang melanjutkan pengajian tinggi. 
     
"Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian mereka tetapi tidak mempunyai kewangan untuk berbuat demikian," katanya ketika melancarkan program biasiswa itu di sini, hari ini.

Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam program itu ialah  Kolej Brickfields Asia, UCSI University dan Limkokwing University of Creative Technology.
         
Ketika ditanya tentang  wabak Rabies atau penyakit anjing gila, Dr Subramaniam yang juga menteri kesihatan berkata beliau tidak pasti bila wabak itu dapat dibendung kerana pergerakan anjing adalah  di luar kawalan kementerian.
         
"Kami tidak dapat mengawal pergerakan anjing, ia mungkin bebas ke kawasan yang tidak terlibat dan menyebarkannya di sana.

“Apa yang pasti, Jabatan Perkhidmatan Veterinar berusaha gigah untuk memberi vaksin kepada haiwan di kawasan terbabit. Semoga kempen intensif kami dapat membendung wabak ini," katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS