Paling Popular
Terkini

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob menukar pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap tuduhan memandu di lorong kecemasan, di mahkamah majistret di Putrajaya hari ini.

Yusoff yang hadir di mahkamah bersama peguamnya, Baljit Singh Sidhu, minta dibicarakan di hadapan hakim Syahrul Juzly Md Zain.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzat Faizal dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

Baljit memberitahu wartawan bahawa anak guamnya telah salah diberi nasihat berkenaan dengan pengakuan bersalah awalnya terhadap pertuduhan itu, jadi dia menukar pengakuannya hari ini.

Bayaran denda awal ke atas Yusoff sebanyak RM600 telah dikembalikan, kata peguam itu, ekoran pertukaran pengakuan itu.

"Kami berhasrat untuk memfailkan representasi mengenai kes itu dengan Jabatan Peguam Negara," kata Baljit sambil menambah bahawa perkara itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Ogos.

Biasanya, sesuatu representasi dihantar sama ada untuk menggugur atau mengurangkan pertuduhan.

[Baca berita penuh]

 
 

Lihat Komen
ADS