Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kehilangan paderi berkaitan kumpulan jenayah Thai'

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penculikan paderi Raymond Koh mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan jenayah di Selatan Thailand.

“Hasil daripada soal siasat dari tiga atau empat tangkapan itu, kita mengesyaki bahawa kumpulan ini terlibat yang diketuai oleh suspek yang kita tembak mati itu, suspek ini terlibat dalam membawa lari pastor.

“Siasatan kita juga mendapati bahawa kumpulan ini ada hubung kait dengan satu kumpulan lain di selatan Thailand.

“Jadi kita sedang bekerjasama dengan rakan-rakan lain di Thailand dalam kita meneruskan siasatan,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pada 17 Jun lalu pihak polis menjalankan operasi dan dalam kejadian tembak-menembak di Kampung Weng Dalam, suspek utama ditembak mati.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS