Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya bentuk unit ketelusan di GLC
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 12:17 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Putrajaya mengumumkan pembentukan unit “ketelusan dan tadbir urus” dalam kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik negara dan kementerian.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan di program InvestKL 2017 di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata langkah itu akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Masyarakat perniagaan mahu kepastian untuk mengetuai kerajaan bersedia melakukan perubahan yang diperlukan, dan sedia memupuk budaya keusahawanan dan ketelusan serta peraturan-peraturan yang baik.

“Untuk itu, saya boleh umumkan bahawa kerajaan secara prinsipnya setuju membentuk unit ketelusan dan urus tadbir di semua GLC, entiti perniagaan milik negara dan kementerian, bawah seliaan SPRM, untuk memperkukuhkan keyakinan semua, di Malaysia,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS