Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ahli Parlimen DAP diarah keluar Dewan
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 12:46 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

PARLIMEN l Seorang ahli parlimen DAP diarahkan keluar dari sidang Dewan Rakyat apabila beliau berkeras bahawa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa terdapat vaksin anti-rabies yang mencukupi.

“Tadi menteri kata vaksin mencukupi tetapi sebenarnya tak mencukupi,” kata Julian Tan Kok Ping (DAP - Stampin) sambil membangkitkan Seksyen 36 (12) Peraturan Mesyuarat.

Seksyen 36 (12) menyatakan bahawa mana-mana anggota yang membuat kenyataan yang mengelirukan dianggap sebagai menghina Dewan dan anggota itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Tan beberapa kali bangun dan cuba menganggu sesi pertanyaan lisan walaupun Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkannya supaya duduk.

"Kamu belum dengar penjelasan saya, bagaimana kamu boleh memutuskan bahawa saya salah?" soal ahli parlimen pembangkang itu.

Kiandee, bagaimanapun, berkata seksyen 36 (12) hanya boleh dibangkitkan jika menteri berulang kali membuat pernyataan berkenaan dengan niat jahat.

"Sebab itulah saya kata duduk," katanya.

Tan terus berhujah bahawa wabak rabies semakin tidak terkawal walaupun kerajaan menegaskan sebaliknya.

Berikutan itu, Ronald meminta Tan keluar dari Dewan.

"Kenapa suruh keluar dewan. Ada krisis di kawasan saya, ada orang yang telah mati!” jeritnya sebagai tanda protes.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS