Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid: Dr M berhak cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk bertanding di Langkawi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata terpulang kepada parti dan individu untuk menentukan di mana mereka mahu bertanding, dan cabar mencabar sedemikian adalah “biasa” dalam politik.

"Ini adalah okay, terpulang kepada mereka (untuk memutuskan) di mana mereka mahu bertanding. Mencabar mana- mana individu adalah hak mereka,” kata Zahid yang juga adalah menteri dalam negeri pada persidangan akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya pagi ini.

Semalam, Mahathir mencabar Hishammuddin, untuk bertanding di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya umum akan datang.

Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga mengetuai bahagian di Langkawi.

Cabaran itu dibuat susulan kenyataan Hishammuddin, yang juga adalah naib presiden Umno kepada bekas perdana menteri itu untuk bertanding di Pekan yang adalah kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS