Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai pelancongan: Tiada penerangan pusat, kata S'gor
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 3:43 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Kerajaan Selangor masih belum diberi penerangan rasmi berkaitan pelaksanaan cukai pelancongan yang akan diperkenalkan pusat, kata exco pelancongannya Elizabeth Wong.

“Tiada sesi taklimat dan penerangan lengkap yang telah dijalankan kementerian dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai badan-badan atau agensi terlibat yang bakal urus keuntungan tersebut,” katanya.

Wong berkata demikian ketika menjawab soalan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee yang mahu tahu berkaitan kesan itu dalam Dewan Negeri Selangor.

Cukai baharu itu pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman itu diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pada 27 Jun lalu.

Sementara itu, Wong berkata cukai itu tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana industri pelancongan negara sedang meningkat dan kadar inflasi pula tinggi.

"Pengenalan cukai ini juga berisiko melembabkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya penggiat industri perhotelan dan hospitaliti yang membantu menyumbang peningkatan industri pelancongan,” katanya.

Kerajaan Selangor mengesyorkan kerajaan persekutuan untuk menjalankan kajian lebih terperinci bagi mengetahui kesan berangkai daripada pelaksanaan cukai terbabit.

"Satu sistem lengkap perlu disediakan sepertimana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan,” katanya.

Lihat Komen
ADS