Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Akhbar: Firma Cina, Jepun 'rebut' kontrak Bandar Malaysia
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 4:19 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Malaysia telah menerima sembilan tawaran daripada beberapa firma Cina dan Jepun untuk membangunkan projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia yang bernilai RM1 bilion, lapor akhbar Straits Times Singapura hari ini.

Laporan itu, yang memetik sumber kanan kerajaan, berkata tujuh syarikat milik kerajaan China itu adalah China State Construction Engineering, China Communications Construction Company (CCCC), China Gezhouba Group, Greentown Overseas, China Resources, China Vanke dan John Holland, Australia yang dimiliki sepenuhnya oleh CCCC.

Manakala dua firma gergasi Jepun itu adalah Daiwa House Industry Group dan Mitsui Fudosan.

Menurut laporan akhbar itu, semua syarikat mengemukakan cadangan untuk menjadi pemaju induk bagi projek pembangunan Bandar Malaysia.

Projek yang dimiliki oleh dana pelaburan negara 1MDB itu, pada mulanya dianugerahkan kepada China Railway Engineering Corp (CREC) dan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dengan nilai RM7.4 bilion, pada Disember 2015.

Bagaimanapun, perjanjian itu terbubar pada Mei lalu apabila diumumkan bahawa konsortium itu gagal memenuhi syarat-syarat utama urusniaga, walaupun pelbagai lanjutan tarikh akhir diberikan. Ini termasuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan China dan memberikan bukti bahawa pembiayaan yang diperlukan untuk projek itu boleh didapati,

Konsortium itu kemudiannya melabelkan pembatalan kontrak satu pihak berkenaan sebagai "tidak boleh diterima".

Ketika itu, syarikat gergasi harta tanah China, Dalian Wanda Group disebut sebagai antara pihak yang bakal membangunkan Bandar Malaysia.

Menurut Straits Times, pegawai kanan kerajaan mengakui bahawa terdapat perbincangan awal dengan Wanda mengenai perkara itu, tetapi kerajaan Malaysia kemudian memutuskan untuk memperluaskan pilihannya dan meminta cadangan antarabangsa untuk projek tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS