Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail menafikan dakwaan salah guna peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di Selangor.

Sebaliknya, Rodziah berkata dakwaan tersebut berlaku kerana salah faham yang ditimbulkan pihak kontraktor yang terlibat bagi projek menaik taraf kemudahan dewan di kawasannya pada 16 Mac lalu.

"Berlaku kesilapan apabila pihak kontraktor FE Faeli Engineering meletakkan papan tanda salah yang berbunyi projek kerajaan negeri MARRIS. Sepatutnya projek kerajaan negeri Selangor.

"Setelah terima aduan terus kita minta dia tukar (papan tanda), saya dah perasan cuma tak sangka isu ini boleh dipolitikkan," kata Rodziah kepada pemberita.

Terdahulu, dalam sidang media di Bangunan Annex DUN Selangor hari ini, ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari menggesa kerajaan negeri menyiasat dakwaan salah guna wang peruntukan MARRIS yang sepatutnya hanya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri.

Katanya, perkara itu jelas melanggar perkara 109 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mat Nadzari, dakwaan itu bukan kali pertama dibangkitkan malah ada exco yang mengaku peruntukan MARRIS digunakan untuk menyelenggara rumah kos rendah.

"Ada dakwaan juga mengatakan wang MARRIS ini digunakan untuk membayar gaji. Penggunaan ini perlu diberi perhatian dan kita minta kerajaan negeri menyiasat secara terperinci bagaimana wang ini digunakan di luar apa yang dibenarkan," katanya.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Rodziah menegaskan kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang peruntukan MARRIS.

"Dari sudut penggunaan kewangan tidak berlaku langsung pengambilan wang MARRIS. Kita sangat berhati hati dalam isu duit MARRIS,"tegas Rodziah.

Lihat Komen
ADS