Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ARMADA: Budaya samseng dan Umno berpisah tiada
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 7:11 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar Pemuda Umno yang bertembung sehingga menyebabkan kekecohan dengan anggotanya di ibu negara hari ini.

“Budaya samseng dan Umno berpisah tiada. Nak hantar surat jemputan pun salah.

“Balas dengan hujah, bukan tumbukan,” katanya.

Suasana di PWTC tegang hari ini selepas sekumpulan anggota pemuda Umno menghalang rombongan Pemuda BERSATU (ARMADA) yang mahu menghantar undangan debat kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kekecohan itu, Ketua Penerangan ARMADA Ashraf Mustaqim mendakwa ditumbuk. Bagaimanapun Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii yang turut hadir menafikan dakwaan itu.

Razlan berkata mereka hanya menjalankan tanggungjawab “pertahankan bangunan Umno.”

Polis berjaya meleraikan keadaan setelah tolak menolak dan perang mulut kira-kira 20 minit.

ARMADA menganjurkan debat Nothing to Hide 2 antara pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib berkaitan pelbagai dakwaan melibatkan mereka berdua.

Dalam kenyataannya selepas insiden itu, Syed Saddiq berkata kalau benar Pemuda Umno berani, mereka patut menyuruh Najib berdebat dengan Mahathir.

“Biar rakyat menilai siapa yang betul dan siapa yang salah,” katanya.

Lihat Komen
ADS