Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam bidas pindaan Poca
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 3:24 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Lawyers For Liberty (LFL) percaya pindaan baru yang dicadangkan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) akan menyebabkan undang-undang penahanan tanpa bicara lebih keras daripada yang sudah ada.

NGO itu melahirkan kebimbangan terhadap pindaan yang dicadangkan berhubung peranan "pegawai penyiasat" seperti dinyatakan dalam akta tersebut.

"Dengan cadangan pindaan ini, kerajaan melakukan perubahan besar terhadap peranan pegawai penyiasat kerana tahanan tidak lagi diperlukan untuk dihadapkan kepada pegawai berkenaan," kata Pengarah eksekutif LFL Eric Paulsen

Beliau menjelaskan bahawa di bawah prosedur yang dipinda, pegawai penyiasat akan 'menyoal' dan melaporkan kepada lembaga pencegahan jenayah setelah menerima laporan siasatan polis berhubung tahanan.

"Kebimbangan yang serius pastinya bagaimana pegawai penyiasat dapat 'menyoal' dan membuat 'penemuan' jika tahanan di bawah prosedur yang dipinda itu tidak dikehendaki untuk dibawa kepada pegawai itu," kata Paulsen.

Paulsen menjelaskan bahawa sebelum pindaan ini, tahanan diberi peluang memberikan penjelasan kepada pegawai penyiasat dan membuat permohonan kepada lembaga untuk mengkaji semula hasil siasatan.

"Perlindungan minimum yang sebelum ini disediakan, sekarang akan hilang sepenuhnya di bawah pindaan baru.

"Pindaan ini mejelaskan bahawa kerajaan tidak berminat untuk menegakkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan yang paling asas, iaitu membenarkan tahanan peluang untuk didengar," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS